Pergolakan yang berlaku dalam sebuah parti politik MCA baru-baru ini, jangan dipandang terlalu serius oleh kita semua. Itu adalah perkara yang biasa berlaku dalam politik. Persoalan lebih penting adalah apa yang boleh kita belajar? Saya tidak terlalu bimbang dengan MCA dan Gerakan, kerana sebenarnya kedua parti ini tidaklah sekuat mana di kalangan orang Cina berbanding dengan sebuah lagi parti Cina yang ultra kiasu itu. Dengan sebab itu, saya tidak berapa ambil kisah atas nasib yang menimpa kedua-dua parti komponen BN ini.Saya akan menjadi lebih teruja jika dapat melihat parti ultra kiasu itu bergolak. Tetapi sehingga ke hari ini parti tersebut jarang benar bergolak. Tetapi parti ini terus menjadi matang dan telah melalui banyak pengalaman berguna. Lebih penting lagi mereka telah dapat membaca dengan rapi akan psikologi orang Melayu. Ia semakin mendapat perhatian dan kepercayaan, sehingga ramai yang terpedaya. Apatah lagi parti ini amat jarang sekali kalah di kawasan majoriti Cina dalam mana-mana Pilihan Raya Umum (PRU) dan pilihan raya kecil. Silap-silap mereka akan menang di kawasan majoriti Melayu suatu hari nanti. Itu adalah tidak mustahil, jika orang Melayu bertindak marahkan nyamuk kelambu dibakar, berbanding mengamalkan carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua.Jika kita membuat sedikit analisa pilihan raya, kebanyakan kerusi yang dimenangi oleh MCA dan Gerakan adalah kerusi yang dipertandingkan di kawasan majoriti Melayu. Jika MCA dan Gerakan bertanding di kawasan majoriti Cina menentang parti ultra kiasu itu, saya yakin, kedua-dua parti ini akan kalah teruk. Contoh, di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan majoriti kawasan bandar. Itulah trend pengundian yang saya harap pembaca dapat faham makna tersurat dan tersirat.Mungkin ada yang akan bertanya kenapa selama ini parti Gerakan dapat bertahan di Pulau Pinang? Jawapannya, lihat sejarah Gerakan dan punca-punca berlaku peristiwa 13 Mei 1969, yakni sebelum menyertai Barisan Nasional. Gerakan menjadi pilihan kerana Gerakan ketika itu begitu lantang dan vokal memperjuangkan nasib bangsa. Tetapi apabila Gerakan dilihat semakin bertolak ansur dengan BN, akhirnya ia ditolak, maka menanglah parti ultra kiasu itu dalam PRU 12. Ringkasnya, semakin ultra kiasu sesebuah parti politik itu, semakin ia mendapat sokongan dan perhatian. Bermakna, parti yang ultra kiasu akan mendapat sokongan padu daripada mereka yang ultra kiasu. Saya tidak menuduh semua orang Cina ultra kiasu. Yang pasti, ultra kiasu ini tetap menang besar di kawasan majoriti yang diwakilinya.Saya yakin, selepas ini mungkin parti ultra kiasu tersebut akan meletakkan satu dua orang calon Melayu di kawasan majoriti Cina, bagi membuktikan bahawa mereka adalah parti berbilang kaum. Saya turut yakin calon-calon itu akan menang besar. Namun, itu bukanlah suatu yang menghairankan atau memeranjatkan. Hanya yang kiasu sahaja yang dapat membaca politik kiasu. Jika calon Melayu itu menangpun, calon Melayu tersebut tidak akan boleh berbuat apa-apa, sebab ia tetap dikuasai oleh mereka yang ultra kiasu. Kewujudan orang Melayu dalam parti tersebut adalah satu permainan wayang kulit yang cuba dipertontonkan untuk mengaburi mata kita.Kita jangan tertipu dengan permainan silap mata mereka. Kemunculan beberapa tokoh Melayu dan juga India yang dilantik dalam kepepimpinan parti mereka hanyalah sandiwara untuk membuktikan bahawa mereka tidak chauvinis. Dengan sebab itu, bila ada orang Melayu yang agak berpengaruh menyertai mereka, maka cepat-cepat dilantik sebagai Naib Pengerusi. Mungkin selepas ini, sebagai timbalan pengerusi. Saya masih menunggu apakah orang Melayu akan dilantik sebagai pengerusi parti ultra kiasu suatu hari nanti? Tunggu dan lihat! Apapun, inilah strategi licik mereka yang kita masih terlepas pandang. Justeru, janganlah risau sangat pasal masalah dalaman MCA dan Gerakan. Apa yang penting yang perlu kita lakukan ialah mendedahkan tembelang parti ultra kiasu supaya orang Melayu dan orang Cina lain yang cintakan tanahair ini agar tidak tertipu.Jika para pembaca tidak percaya apa yang saya katakan, cuba bangkitkan isu Ketua Menteri Pulau Pinang untuk digilirkan di kalangan pelbagai kaum dalam pakatan mereka atau dalam Barisan Nasional? Saya yakin, bukan sahaja parti ultra kiasu ini akan terkinja-kinja, malahan mereka yang tidak berkaitan dengan parti ultra kiasu ini juga akan bersatu bersama parti ultra kiasu ini menentang keputusan tersebut.Pokoknya, Ketua Menteri Pulau Pinang tidak boleh terlepas kepada kaum lain. Pada hemat saya, siapapun yang memerintah Pulau Pinang antara ketiga parti ini adalah tidak penting. Yang penting orang Melayu tidak boleh menjadi Ketua Menteri di sana. Sebarang percubaan dan usaha akan ditentang habis-habisan.Justeru, saya tidak hairan dengan apa jua krisis yang melanda dalam parti-parti politik bangsa saya. Benar, mereka nampak seolah-olah berpecah. Mereka bertikam lidah sehingga gamat. Tetapi sebenarnya, mereka bersatu dalam senyap. Parti ultra kiasu ini akan lantang mendesak, mengkritik dan menghentam. Tetapi itu bukan hentaman kosong. Siapakah yang bekerjasama secara senyap? Dua parti komponen ini akan senyap-senyap menyampaikan kepada BN bahawa tuntutan dan desakan ini perlu dipenuhi. Jika tidak, undi akan lari, orang Cina akan marah dan beralih arah. Itulah sebenarnya mesej dalam PRU 12. Inilah yang saya katakan bersatu secara senyap walaupun di luar nampak berpecah.Begitulah juga beruntungnya MCA dan Gerakan yang dilihat lunak dengan kerajaan. Orang Melayu pula akan memberi sokongan kepada mereka tanpa berbelah bahagi kerana itulah sikap Melayu di bumi Melayu. Akur kepada arahan pimpinan. Sanggup ketepikan calon sebangsa seagama kerana mereka diajar supaya taat kepada pemimpin. Perkara ini telah berlaku sejak zaman feudal lagi, pantang Melayu menderhaka. Konotasi ini ada baik dan buruknya, terpulang kepada kita untuk menilai.Parti politik Cina amat beruntung kerana di luar, ada yang lantang mengkritik, mendesak dan menuntut, pada masa sama di dalam ada yang bekerja dan memujuk. Tidak kira di mana negeripun mereka berada, sama di dalam pakatan atau dalam kerajaan. Mereka tetap untung.Tidak seperti parti politik Melayu, di luar begitu lantang mengkritik, di dalam tidak ada seorang yang memujuk. Sebab parti politik Melayu (UMNO) hanya ada satu dalam kerajaan. UMNO keseorangan dalam kerajaan berhadapan dengan mereka yang lain, yang tidak habis-habis mendesak. Saya amat faham benar, kenapa kadang kala UMNO ini terpaksa mengalah, kerana UMNO tersepit, ibarat di luah mati bapak, ditelan mati emak. UMNO tidak ada pilihan sebab rakan sebangsa dan seagama tidak bersama mereka. Rakan sebangsa dan seagama yang lain berada di luar. Kerjanya, mencari salah orang, menghentam dan mengkritik, tetapi kurang pandai memujuk. Akhirnya siapa yang rugi? Inilah nasib Melayu di bumi Melayu.Saya tidak yakin selepas ini BN akan berjaya untuk merampas kembali Pulau Pinang dan mungkin negeri lain yang telah terlepas, kerana parti ultra kiasu ini telah berjaya menyusun strategi yang mantap dan berjaya ‘mencairkan’ orang Melayu dengan gaya urus tadbir Umar Abdul Aziz dan slogan amar makruf nahi mungkar. Jika Melayu telah ‘cair’ maka tidak susahlah untuk mendapatkan kemenangan, sebab undi yang diperolehi telah solid.Amat malang sekali parti-parti Melayu Islam hari ini, usahkan bersatu dalam senyap, perpecahan mereka ibarat berpatah arang berkerat rotan. Jalan damai teramat jauh. Mereka ibarat bercerai talak tiga. Tidak ada lagi rundingan. Rela mencari pasangan baru walaupun tidak sehaluan. Jika mahu rujuk semula sekalipun, terpaksa melakukan kahwin secara Cina buta. Rugi sungguh orang Melayu, mereka yang bercerai dan berpecah, Cina juga dapat nama dan sahamnya.Jadi apa yang perlu kita buat sekarang? Memenuhi segala tuntutan dan desakan mereka untuk mendapatkan semula kepercayaan dan undi? Jawapannya memang sukar untuk diberikan, tetapi tidak mustahil. Umat Islam mesti bersatu supaya menjadi kuat. Bila kita kuat, maka susah juga orang lain pijak kepala kita. Masalahnya hari ini kita lemah, dengan sebab itu kaduk naik junjung.Pilihan raya kecil Bagan Pinang, bukanlah satu ukuran untuk kita mengatakan bahawa BN telah berjaya memenangi hati Cina dan India. Banyak faktor lain yang perlu kita kaji. Jangan terlalu syok sendiri sebab nanti kita juga yang rugi. Apa yang penting sekarang ini ialah mencari jalan bagaimana kerajaan perpaduan boleh diwujudkan. Bagaimana hendak menyatukan antara UMNO dan PAS, kerana tonggak kekuatan Melayu Islam bergantung kepada dua parti politik ini.Lupakanlah PKR buat sementara waktu. Sebenarnya parti ini tidak sekuat mana jika PAS tidak bersama mereka. Walaupun ia diterajui oleh orang Melayu, tetapi Melayu tetap rugi kerana di situ ada kumpulan ultra kiasu. Lihatlah apa yang berlaku di Selangor. Beruntungkah Islam dan PAS berada dalam pakatan itu? Saya yakin, jika PAS beralih arah, pakatan akan tersungkur dan akan kalah di mana-mana sahaja tempat yang ditandingi.Saya masih boleh meramalkan orang Melayu PKR akan kembali kepada UMNO suatu hari nanti seperti yang kita lihat lompatan demi lompatan yang berlaku. Hari ini mereka gah kerana dendam telah terbalas, ultra kiasu bersama mereka. Persoalannya, terbelakah Islam dan Melayu, jika Melayu memerintah sekalipun? Jawapannya, Melayu tetap rugi di Selangor. Pendek kata, di manapun Melayu memerintah, mereka tetap rugi sebab mereka bercerai talak tiga dan tidak bersatu dalam senyap.Saya jarang sekali melihat insiden-insiden buruk berlaku apabila berlaku pertembungan antara calon-calon Cina dengan parti ultra kiasu dalam pilihan raya kecil atau pilihan raya umum. Berbanding dengan apabila berlaku pertembungan antara parti-parti politik Melayu. Kita selalu dengar, ada yang pecah kepala, dibaling batu/botol dan berbagai-bagai lagi. Rupa-rupanya kita berpecah luar dan dalam, sanggup putus saudara. Masih jauh untuk bersatu dalam senyap.
Ahad, 18 Oktober 2009
Untungnya bersatu dalam senyap

Jumaat, 11 September 2009
Geng Lembu oh Geng Lembu,apa taktik lagi yang kau ada.....?
Sabtu, 5 September 2009
Anwar oh Anwar
Respons segera dilakukan oleh Pakatan Rakyat amat jelas sewaktu PRU Kecil di Permatang Pasir. Muhyiddin dituduh sebagai seorang pengkhianat negara sebenar atas alasan menjual tanah ke Singapura. Muhyiddin menjual negara – Muhyiddin pengkhianat kerana tidak mempertahankan kedaulatan negara dan segala tuduhan penjualan tanah dibuat sewaktu Tan Sri Muhyiddin menjawat jawatan Menteri Besar. Ini menjadi salah satu modal Pakatan Rakyat dalam melangkah menuju ke arah tuntutan demokrasi – yakni pilihan raya.
Timbalan Perdana Menteri sewaktu dalam kempen pilihan raya Permatang Pasir bangkit menafikannya! Kenyataan TS Timbalan Perdana Menteri dipetik sebagai – tidak pernah menjual tanah kepada Singapura seperti yang didakwa khususnya dalam pembinaan logi memproses air Linggui yang dibenarkan oleh Tan Sri Muyiddin kepada Singapura seperti yang didakwa. Pakatan Rakyat di cabar membuktikan penjualan tanah ke Singapura. Pakatan Rakyat lantas mengubah tuduhan penjualan tanah Lingiu kepada SEAKAN menjual bila Singapura membina infrastruktur projek pembekalan air Sungai Lingiu tersebut.
Penafian TS Muhyiddin jelas dengan fakta – fakta melibatkan Perjanjian antara Johor - Singapura pada tahun 1961 hingga 1965 yang akhirnya Singapura dibenarkan membina infrastruktur logi itu dengan kos mereka sendiri setelah Tun Dr Mahathir berbincang dengan Perdana Menteri Singapura ketika itu Lee Kuan Yew berlaku. Namun dengan segala penjelasan berfakta di jelaskan – tuduhan penjualan dan pengkhianatan terus di buat atas alasan politik dan tujuan pilihan raya.
Kita anjurkan perbincangan di sini – fakta di keluarkan oleh TS Muhyiddin mengenai tuduhan beliau menjual tanah ke Singapura – nyata tidak betul dan tepat – isu lain pula dimainkan dan akhirnya setelah menang pilihan raya kecil – isu pengkhianatan akibat konon-konon menjual tanah ke Singapura hilang – hilang bersama-sama kemeriahan kemenangan.
Adakah tidak kita lihat – bahawa propaganda penjualan tanah itu hanya satu usaha meletakkan BN dan UMNO dalam kerangka defensif (dalam konteks pilihan raya kecil Permatang Pasir) dan semata-mata untuk tujuan undi. Adakah tidak kita lihat – cara kempen PRU Kecil yang dilakukan hanya semata-mata mahu rakyat terpengaruh dengan pergolakan dan kehangatan berkempen dan usaha menyerang awal demi politik semata-mata. Kenapa selepas pilihan raya kecil itu TS Muhyiddin tidak terus diserang sebagai orang yang terlibat dengan penjualan tanah ke Singapura tersebut dan terlibat dalam menjual maruah dan kedaulatan negara? Mungkin semua disenyapkan kerana matlamat telah tercapai dan kempen politik mereka telah berjaya.
Kecoh
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah dipercayai telah mengemukakan saman terhadap Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mohamed Hasan Ali hari ini kerana didakwa tidak memaklumkan kepada Baginda berhubung arahan untuk menangkap orang Islam minum arak di tempat awam negeri itu.
Dr Hasan dilihat memasuki perkarangan Istana Bukit Kayangan pada pukul 11.50 pagi dan meninggalkan istana pada pukul 2.25 petang.
Beliau bagaimanapun tidak langsung memberhentikan kenderaannya ketika melalui sekumpulan wartawan yang mahu mendapatkan komennya mengenai agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
Pada 25 Ogos lalu, Dr Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adatadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor berkatapegawai masjid yang terdiri daripada Nazir, Imam, Bilal dan Siak di lebih 370 masjid di negeri itu telah diberi surat kuasa untuk membantu Jabatan Agama Islam Selangor untuk menangkap orang Islam yang minum arak di tempat awam.
Menurutnya, perkara tersebut dilakukan tertaklum di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
Dr Hasan yang juga ADUN Gombak Setia berkata, bagi kesalahan meminum arak di tempat awam, mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Sehubungan dengan itu, Dr Hasan yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, antara kesalahan yang diberi penekanan untuk dibanteras pada bulan Ramadan ialah makan, minum dan menghisap rokok di khalayak ramai pada masa berpuasa.
Sementara bagi orang Islam yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, menyimpan atau membeli arak pula, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali
Usaha menghubungi Dr Hasan untuk mendapatkan komen beliau mengenai pertemuannya dengan Sultan bagaimanapun tidak berhasil.
Pegawai perhubungan awam dari pejabat Menteri Besar memberitahu pemberita bahawa Menteri Besar, Tan Sri Mohd Khalid Ibrahim tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung mesyuarat tersebut.
Bagaimanapun, Setiuasaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, memaklumkan bahawa mesyuarat antara Baginda Sultan dan Dr Hasan adalah untuk berbincang mengenai isu-isu harian.
Ketika ditanya adakah isu penempata semula kuil turut dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan, Mohamad Munir hanya ketawa tanpa memberi satu jawapan yang jelas.
Khamis, 20 Ogos 2009
Warisan
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
catatan
hayatilah senikata lagu ini dan fikirlah......wahai melayu
Rabu, 19 Ogos 2009
Antara Yahudi dan DAP
Yahudi laknat telah mengubah sejarah dunia dgn para orientalis menulis sejarah mengatakan Islam ini agama keganasan, mengembangkan Islam dgn perang dan mewujudkan peristiwa Holocoust untuk meraih simpati dunia supaya mereka dapat berbuat sesuka hati... Jeff Ooi menyifatkan Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) sebagai pertubuhan ekstremis.
Yahudi merupakan tokey arak2 berjenama (Mantini, carlsberg, Jack Hunter, Heineken) Ronnie Liu daripada DAP mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang merampas minuman keras di kedai 7-11 di Seksyen 8, Shah Alam supaya memulangkan semula.
catatan
Arak termaktub dalam al-Quran adalah haram.......
Apa perbezaan antara yahudi dan DAP........pada pendapat saya mereka sama....
Melayu dan Islam
Oleh sebab itulah kita patut melabelkan Anwar Ibrahim sebagai 'pengkhianat' kepada orang Melayu, kerana beliau tahu perjuangan PKR akan menghapuskan apa yg telah diperjuangkan UMNO untuk orang Melayu sejak penubuhannya hingga kini, tanpa henti.Orang Melayu tidak mahu menilai kepentingan UMNO kerpada politik Melayu. Orang Melayu yg berpecah belah tidak membantu. Kenapa Melayu tidak mengikut cara berpolitik kaum Cina? Walau apa pun parti mereka, perjuangan mereka hanya untuk kepentingan kaum Cina keseluruhannya.