? ??????????????Abstract Glory? ????? ?? ???Rating: 3.3 (3 Ratings)??2 Grabs Today. 2311 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????Make Cupcakes? ????? ?? ???Rating: 4.7 (11 Ratings)??2 Grabs Today. 4216 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????America? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Jumaat, 11 September 2009

Geng Lembu oh Geng Lembu,apa taktik lagi yang kau ada.....?

Satu demi satu taktik digunakan oleh Geng Lembu (Geng Khalid Ibrahim akan Khalid Samad) untuk menafikan KELEMAHAN PENTADBIRAN kerajaan negeri Selangor dan kelemahan Ahli Parlimen Pas, Khalid Samad atau Khalid Gereja dalam menangani isu. Mari kita sama-sama lihat bagaimana cara Geng Lembu ini berfikir;Mula-mula (sebelum usul periksa)Salahkah UMNO; fitnah UMNO sebagai dalang; kaitkan pula dengan Pekida dan Pewaris; selepas itu tuduh pula Ketua Bahagian UMNO Shah Alam Datuk Nawawi terlibat dengan menyebarkan gambar yang kononnya gambar beliau yang dikatakan turut serta dalam demonstrasi tersebut. Bila dibuktikan oleh media yang lebih bertanggung jawab bahawa yang menggerakkan demonstrasi ini bukan UMNO, sebaliknya penduduk setempat, termasuk Pas, PKR dan penduduk non-partisan; dan diketuai pula oleh ahli PKR, dan gambar itu pula adalah gambar orang lain dan bukan Datuk Nawawi, Geng Lembu sudah berasa MALU. Apa tindakan seterusnya?Kaitkan pula kepala lembu dengan nada perkauman dan penghinaan terhadap agama lain. Pemimpin Hindu yang ektremis, termasuk Hindraf pun membuat demonstrasi dan mereka cuba memberi tekanan agar tindakan diambil ke atas pihak yg membawa kepala lembu. Di sini mereka cuba pula membohongi rakyat dan membakar perasaan rakyat sedangkan kepala lembu itu tiada kaitan dengan penghinaan terhadap penganut Hindu, tetapi simbol kepada kebodohan Khalid Ibrahim, merangkap ketua Geng Lembu. Jelas di sepanjang demonstrasi tidak ada sebarang sepanduk daripada penduduk Seksyen 23 yang menghina penduduk beragama Hindu. Sekiranya KDN mahu mengambil tindakan, kita hendak tanya mereka hendak ambil tindakan atas dasar apa? Jika tindakan masih diambil sedangkan elemen penghinaan terhadap penganut agama Hindu gagal dibuktikan, KDN dan kerajaan sebenarnya telah berlaku tidak adil terhadap penggerak protes ini. Lagi pula, berdasarkan REKOD, tindakan hanya diambil terhadap pemimpin Hindraf selepas berkali-kali mereka membuat kacau bermula di Masjid Putrajaya, beberapa kali di luar KL dan 2 kali di KL, iaitu selepas berkali-kali mereka menghasut bukan sahaja penganut agama Hindu tetapi masyarakat kaum India dengan tuduhan-tudahn yang palsu, misalnya bahawa kerajaan telah dengan sengaja dan terancang membunuh orang India setiap minggu dan merobohkan kuil setiap dua minggu dan sebagainya. Tuduhan-tuduhan palsu ini menjadi bukti kepada elemen hasutan pemimpin Hindraf dan mereka telah melakukannya berkali-kali dan menggunakan pelbagai media. Sedangkan protes kuil ini hanya berlaku di satu tempat tanpa sebarang slogan untuk membangkitkan kemarahan terhadap orang Hindu dan kaum India, sebaliknya hanya kemarahan terhadap kebodohan pemimpin negeri selangor, iaitu Geng Lembu yang diketuai Khalid Ibrahim dan kemarahan terhadap Ahli Parlimen Pas, iaitu Khalid Gereja. Jadi jika pihak ini diambil tindakan oleh KDN, tindakan ini sesungguhnya uncontitional dan unlawful - MAKA MARILAH kita sama-sama memprotes ketidak adilan ini secara besar-besaran!Malu kerana dua taktik di atas sebenarnya makan diri, Ketua Geng Lembu melaksanakan pula Town Hall meeting bertujuan untuk meredakan keadaan. Bagaimanapun Ketua Geng Lembu, Khalid ibrahim dan timbalannya, Khalid Gereja tidak bersedia untuk menjawab kemarahan rakyat. Malah ramai yang berpendapat tindakan bertemu penduduk ini sudah agak terlambat. RUPANYA sebelum ini sudah ada banyak bantahan daripada penduduk dan cubaan untuk bertemu pemimpin Geng Lembu. Malangnya ia tidak diendahkan oleh Ketua Geng Lembu dan Khalid Gereja. JELAS ini adalah masalah pentadbiran dan kesombongan ahli parlimen yang tidak mahu mendengar luahan dan rintihan rakyat. Sekali lagi Geng Lembu telah dimalukan oleh rakyat yang begitu marah - sama marahnya dengan ibu-ibu tunggal yang rumah PPR nya dinaikkan sewa membuta tuli; sama marahnya dengan penduduk yang isu tanah perkuburan di tanah waqaf dipindahkan kerana desakan bukan Islam, yang masih belum diselesaikan.Bila taktik ketiga juga gagal, sekarang Geng Lembu cuba mengalih taktik sekali lagi.Kali ini dengan mempersoalkan pula kenapa tidak ada protes dari penduduk Seksyen 23 (yang mereka gelar sebagai Geng Kepala Lembu) semasa masjid dan suaru dirobohkan di negeri Selangor? Sekali lagi kita lihat cubaan mereka untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu utama, iaitu masalah KEMARAHAN RAKYAT SETEMPAT terhadap pentadbiran kerajaan Selangor. Sepanjang tempoh kerajaan BN memerintah, sudah beribu2 surau dan masjid dibina. Jika adapun keputusan untuk meroboh atau mengalihkan mana-mana surau atau masjid, sudah tentu ada perancangan untuk membinanya semula di tapak yg bersesuaian, melainkan memang tiada sebarang perancangan dibuat atas sebab lokasi. Malangnya apabila kerajaan bertukar, ada masjid dan surau yang hendak dialihkan tersebut tidak sempat dibina walaupun peruntukannya ada.Soalan kita, apa yang susahnya untuk membina masjid dan surau yang baru sekarang apabila sudah menjadi kerajaan dan peruntukan telah disediakan? PAS sekarang berada dalam kerajaan selangor dan Ahli Parlimen Pas menjadi exco hal ehwal agama Islam; bina sahajalah surau dan masjid yang sudah diroboh dan yang memang dirancang utk dibina. Kenapa bertangguh lagi?Adakah wang yang sudah diperuntukkan utk membina surau dan masjid ini dalam Rancangan Malaysia Kesembilan telah dihabiskan ke jalan yang lain? Jika wang itu sudah habis, bukankah boleh digunakan wang hasil jualan pasir? Kenapa? Duit kutipan jualan pasir tidak cukup atau pasir telah `dicuri' oleh sekumpulan `toyol' di negeri Selangor. Adakah sama modus operandi `toyol' ini dengan `toyol' yang mencuri sedikit demi sedikit dari wang peruntukan projek seperti yang dicatat dalam buku catatan Teoh Beng Hock?Jika dah tak ada duit peruntukan dan pasir, kenapa tak digunakan duit zakat? Sekarang kuasa sudah di tangan. Kenapa nak dicari Geng Kepala Lembu kerana mereka bukan penduduk TEMPATAN di kawasan surau dan masjid yang disebutkan. Nampak sangat Geng Lembu yang diketuai oleh Khalid Ibrahim gagal memikirkan cara yang betul untuk berdepan dengan isu ini. Atau Pas memang tiada suara langsung dalam negeri Selangor untuk mendesak agar kerajaan negeri Selangor supaya segera membina masjid dan surau yang telah diputuskan untuk dialihkan ini?Ternyata Geng Lembu dah buntu dan tak tahu macam mana nak selesaikan masalah sekecil ini... Khalid Gagap, patutlah ada usaha untuk menjatuhkan kamu oleh Azmin dan Hassan Ali. Gila bengap!!* Mohon disebarkan tulisan ini. Bersama hancurkan Penipu Rakyat!!!

Sabtu, 5 September 2009

Anwar oh Anwar

Semasa kempen Permatang Pasir salah satu isu besar yang timbul adalah kenyataan Tan Sri Muhyiddin (Timbalan Perdana Menteri) mengenai Anwar pengkhianat bangsa yang didasarkan dengan kolaborasi palsu Pakatan Rakyat dan penjualan isu perkauman dalam idealisme parti semata-mata mahu mengaut undi. Anwar dikatakan menggunakan isu rasis untuk mengaut sokongan kaum lain khususnya Cina. Tindakan Anwar dalam usaha mengaburi mata kaum lain untuk menyokong Pakatan Rakyat dan mengetepikan perjuangan Melayu dan agenda Melayu telah dilabel sebagai satu tindakan khianat yang mampu menggangu-gugat kestabilan sosiopolitik negara ini. Dalam kerajaan BN berusaha untuk menstabilkan perbezaan dari sudut perekonomian – benteng perkauman terus ditebalkan hanya kerana agenda politik Anwar Ibrahim. Itu isu yang dikemukakan oleh UMNO dalam melabel Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu ( bangsa).
Respons segera dilakukan oleh Pakatan Rakyat amat jelas sewaktu PRU Kecil di Permatang Pasir. Muhyiddin dituduh sebagai seorang pengkhianat negara sebenar atas alasan menjual tanah ke Singapura. Muhyiddin menjual negara – Muhyiddin pengkhianat kerana tidak mempertahankan kedaulatan negara dan segala tuduhan penjualan tanah dibuat sewaktu Tan Sri Muhyiddin menjawat jawatan Menteri Besar. Ini menjadi salah satu modal Pakatan Rakyat dalam melangkah menuju ke arah tuntutan demokrasi – yakni pilihan raya.
Timbalan Perdana Menteri sewaktu dalam kempen pilihan raya Permatang Pasir bangkit menafikannya! Kenyataan TS Timbalan Perdana Menteri dipetik sebagai – tidak pernah menjual tanah kepada Singapura seperti yang didakwa khususnya dalam pembinaan logi memproses air Linggui yang dibenarkan oleh Tan Sri Muyiddin kepada Singapura seperti yang didakwa. Pakatan Rakyat di cabar membuktikan penjualan tanah ke Singapura. Pakatan Rakyat lantas mengubah tuduhan penjualan tanah Lingiu kepada SEAKAN menjual bila Singapura membina infrastruktur projek pembekalan air Sungai Lingiu tersebut.
Penafian TS Muhyiddin jelas dengan fakta – fakta melibatkan Perjanjian antara Johor - Singapura pada tahun 1961 hingga 1965 yang akhirnya Singapura dibenarkan membina infrastruktur logi itu dengan kos mereka sendiri setelah Tun Dr Mahathir berbincang dengan Perdana Menteri Singapura ketika itu Lee Kuan Yew berlaku. Namun dengan segala penjelasan berfakta di jelaskan – tuduhan penjualan dan pengkhianatan terus di buat atas alasan politik dan tujuan pilihan raya.
Kita anjurkan perbincangan di sini – fakta di keluarkan oleh TS Muhyiddin mengenai tuduhan beliau menjual tanah ke Singapura – nyata tidak betul dan tepat – isu lain pula dimainkan dan akhirnya setelah menang pilihan raya kecil – isu pengkhianatan akibat konon-konon menjual tanah ke Singapura hilang – hilang bersama-sama kemeriahan kemenangan.
Adakah tidak kita lihat – bahawa propaganda penjualan tanah itu hanya satu usaha meletakkan BN dan UMNO dalam kerangka defensif (dalam konteks pilihan raya kecil Permatang Pasir) dan semata-mata untuk tujuan undi. Adakah tidak kita lihat – cara kempen PRU Kecil yang dilakukan hanya semata-mata mahu rakyat terpengaruh dengan pergolakan dan kehangatan berkempen dan usaha menyerang awal demi politik semata-mata. Kenapa selepas pilihan raya kecil itu TS Muhyiddin tidak terus diserang sebagai orang yang terlibat dengan penjualan tanah ke Singapura tersebut dan terlibat dalam menjual maruah dan kedaulatan negara? Mungkin semua disenyapkan kerana matlamat telah tercapai dan kempen politik mereka telah berjaya.

Kecoh


KECOH...Tiada keputusan yang dapat dicapai dalam sesi dialog yang diadakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama-sama penduduk di Seksyen 23 Shah Alam mengenai penempatan semula kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam. Sebaliknya berlaku kekecohan ketika sesi dialog tersebut berlangsung. Turut hadir ialah, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail, wakil Majlis Bandaraya Shah Alam dan beberapa wakil daripada kerajaan negeri. Sesi dialog tersebut diadakan di Dewan Banquet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Foto THE STAR Oleh: RAJA FAISAL HISHAN.

Sultan Selangor saman Exco negeri Dr Hasan Ali
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah dipercayai telah mengemukakan saman terhadap Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mohamed Hasan Ali hari ini kerana didakwa tidak memaklumkan kepada Baginda berhubung arahan untuk menangkap orang Islam minum arak di tempat awam negeri itu.
Dr Hasan dilihat memasuki perkarangan Istana Bukit Kayangan pada pukul 11.50 pagi dan meninggalkan istana pada pukul 2.25 petang.
Beliau bagaimanapun tidak langsung memberhentikan kenderaannya ketika melalui sekumpulan wartawan yang mahu mendapatkan komennya mengenai agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
Pada 25 Ogos lalu, Dr Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adatadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor berkatapegawai masjid yang terdiri daripada Nazir, Imam, Bilal dan Siak di lebih 370 masjid di negeri itu telah diberi surat kuasa untuk membantu Jabatan Agama Islam Selangor untuk menangkap orang Islam yang minum arak di tempat awam.
Menurutnya, perkara tersebut dilakukan tertaklum di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
Dr Hasan yang juga ADUN Gombak Setia berkata, bagi kesalahan meminum arak di tempat awam, mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Sehubungan dengan itu, Dr Hasan yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, antara kesalahan yang diberi penekanan untuk dibanteras pada bulan Ramadan ialah makan, minum dan menghisap rokok di khalayak ramai pada masa berpuasa.
Sementara bagi orang Islam yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, menyimpan atau membeli arak pula, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali
Usaha menghubungi Dr Hasan untuk mendapatkan komen beliau mengenai pertemuannya dengan Sultan bagaimanapun tidak berhasil.
Pegawai perhubungan awam dari pejabat Menteri Besar memberitahu pemberita bahawa Menteri Besar, Tan Sri Mohd Khalid Ibrahim tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung mesyuarat tersebut.
Bagaimanapun, Setiuasaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, memaklumkan bahawa mesyuarat antara Baginda Sultan dan Dr Hasan adalah untuk berbincang mengenai isu-isu harian.
Ketika ditanya adakah isu penempata semula kuil turut dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan, Mohamad Munir hanya ketawa tanpa memberi satu jawapan yang jelas.
catatan
1. Apa sudah jadi dengan PR?
2. Adakah PR boleh bertahan lagi?
3. Adakah ini yang rakyat selangor mahu?