? ??????????????Abstract Glory? ????? ?? ???Rating: 3.3 (3 Ratings)??2 Grabs Today. 2311 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????Make Cupcakes? ????? ?? ???Rating: 4.7 (11 Ratings)??2 Grabs Today. 4216 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????America? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sabtu, 5 September 2009

Kecoh


KECOH...Tiada keputusan yang dapat dicapai dalam sesi dialog yang diadakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama-sama penduduk di Seksyen 23 Shah Alam mengenai penempatan semula kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam. Sebaliknya berlaku kekecohan ketika sesi dialog tersebut berlangsung. Turut hadir ialah, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail, wakil Majlis Bandaraya Shah Alam dan beberapa wakil daripada kerajaan negeri. Sesi dialog tersebut diadakan di Dewan Banquet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Foto THE STAR Oleh: RAJA FAISAL HISHAN.

Sultan Selangor saman Exco negeri Dr Hasan Ali
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah dipercayai telah mengemukakan saman terhadap Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mohamed Hasan Ali hari ini kerana didakwa tidak memaklumkan kepada Baginda berhubung arahan untuk menangkap orang Islam minum arak di tempat awam negeri itu.
Dr Hasan dilihat memasuki perkarangan Istana Bukit Kayangan pada pukul 11.50 pagi dan meninggalkan istana pada pukul 2.25 petang.
Beliau bagaimanapun tidak langsung memberhentikan kenderaannya ketika melalui sekumpulan wartawan yang mahu mendapatkan komennya mengenai agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
Pada 25 Ogos lalu, Dr Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adatadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor berkatapegawai masjid yang terdiri daripada Nazir, Imam, Bilal dan Siak di lebih 370 masjid di negeri itu telah diberi surat kuasa untuk membantu Jabatan Agama Islam Selangor untuk menangkap orang Islam yang minum arak di tempat awam.
Menurutnya, perkara tersebut dilakukan tertaklum di bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
Dr Hasan yang juga ADUN Gombak Setia berkata, bagi kesalahan meminum arak di tempat awam, mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Sehubungan dengan itu, Dr Hasan yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, antara kesalahan yang diberi penekanan untuk dibanteras pada bulan Ramadan ialah makan, minum dan menghisap rokok di khalayak ramai pada masa berpuasa.
Sementara bagi orang Islam yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, menyimpan atau membeli arak pula, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali
Usaha menghubungi Dr Hasan untuk mendapatkan komen beliau mengenai pertemuannya dengan Sultan bagaimanapun tidak berhasil.
Pegawai perhubungan awam dari pejabat Menteri Besar memberitahu pemberita bahawa Menteri Besar, Tan Sri Mohd Khalid Ibrahim tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung mesyuarat tersebut.
Bagaimanapun, Setiuasaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, memaklumkan bahawa mesyuarat antara Baginda Sultan dan Dr Hasan adalah untuk berbincang mengenai isu-isu harian.
Ketika ditanya adakah isu penempata semula kuil turut dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan, Mohamad Munir hanya ketawa tanpa memberi satu jawapan yang jelas.
catatan
1. Apa sudah jadi dengan PR?
2. Adakah PR boleh bertahan lagi?
3. Adakah ini yang rakyat selangor mahu?

0 ulasan: