? ??????????????Abstract Glory? ????? ?? ???Rating: 3.3 (3 Ratings)??2 Grabs Today. 2311 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????Make Cupcakes? ????? ?? ???Rating: 4.7 (11 Ratings)??2 Grabs Today. 4216 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????America? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sabtu, 5 September 2009

Anwar oh Anwar

Semasa kempen Permatang Pasir salah satu isu besar yang timbul adalah kenyataan Tan Sri Muhyiddin (Timbalan Perdana Menteri) mengenai Anwar pengkhianat bangsa yang didasarkan dengan kolaborasi palsu Pakatan Rakyat dan penjualan isu perkauman dalam idealisme parti semata-mata mahu mengaut undi. Anwar dikatakan menggunakan isu rasis untuk mengaut sokongan kaum lain khususnya Cina. Tindakan Anwar dalam usaha mengaburi mata kaum lain untuk menyokong Pakatan Rakyat dan mengetepikan perjuangan Melayu dan agenda Melayu telah dilabel sebagai satu tindakan khianat yang mampu menggangu-gugat kestabilan sosiopolitik negara ini. Dalam kerajaan BN berusaha untuk menstabilkan perbezaan dari sudut perekonomian – benteng perkauman terus ditebalkan hanya kerana agenda politik Anwar Ibrahim. Itu isu yang dikemukakan oleh UMNO dalam melabel Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu ( bangsa).
Respons segera dilakukan oleh Pakatan Rakyat amat jelas sewaktu PRU Kecil di Permatang Pasir. Muhyiddin dituduh sebagai seorang pengkhianat negara sebenar atas alasan menjual tanah ke Singapura. Muhyiddin menjual negara – Muhyiddin pengkhianat kerana tidak mempertahankan kedaulatan negara dan segala tuduhan penjualan tanah dibuat sewaktu Tan Sri Muhyiddin menjawat jawatan Menteri Besar. Ini menjadi salah satu modal Pakatan Rakyat dalam melangkah menuju ke arah tuntutan demokrasi – yakni pilihan raya.
Timbalan Perdana Menteri sewaktu dalam kempen pilihan raya Permatang Pasir bangkit menafikannya! Kenyataan TS Timbalan Perdana Menteri dipetik sebagai – tidak pernah menjual tanah kepada Singapura seperti yang didakwa khususnya dalam pembinaan logi memproses air Linggui yang dibenarkan oleh Tan Sri Muyiddin kepada Singapura seperti yang didakwa. Pakatan Rakyat di cabar membuktikan penjualan tanah ke Singapura. Pakatan Rakyat lantas mengubah tuduhan penjualan tanah Lingiu kepada SEAKAN menjual bila Singapura membina infrastruktur projek pembekalan air Sungai Lingiu tersebut.
Penafian TS Muhyiddin jelas dengan fakta – fakta melibatkan Perjanjian antara Johor - Singapura pada tahun 1961 hingga 1965 yang akhirnya Singapura dibenarkan membina infrastruktur logi itu dengan kos mereka sendiri setelah Tun Dr Mahathir berbincang dengan Perdana Menteri Singapura ketika itu Lee Kuan Yew berlaku. Namun dengan segala penjelasan berfakta di jelaskan – tuduhan penjualan dan pengkhianatan terus di buat atas alasan politik dan tujuan pilihan raya.
Kita anjurkan perbincangan di sini – fakta di keluarkan oleh TS Muhyiddin mengenai tuduhan beliau menjual tanah ke Singapura – nyata tidak betul dan tepat – isu lain pula dimainkan dan akhirnya setelah menang pilihan raya kecil – isu pengkhianatan akibat konon-konon menjual tanah ke Singapura hilang – hilang bersama-sama kemeriahan kemenangan.
Adakah tidak kita lihat – bahawa propaganda penjualan tanah itu hanya satu usaha meletakkan BN dan UMNO dalam kerangka defensif (dalam konteks pilihan raya kecil Permatang Pasir) dan semata-mata untuk tujuan undi. Adakah tidak kita lihat – cara kempen PRU Kecil yang dilakukan hanya semata-mata mahu rakyat terpengaruh dengan pergolakan dan kehangatan berkempen dan usaha menyerang awal demi politik semata-mata. Kenapa selepas pilihan raya kecil itu TS Muhyiddin tidak terus diserang sebagai orang yang terlibat dengan penjualan tanah ke Singapura tersebut dan terlibat dalam menjual maruah dan kedaulatan negara? Mungkin semua disenyapkan kerana matlamat telah tercapai dan kempen politik mereka telah berjaya.

0 ulasan: